Monday 2 December 2013

Anak Kucing 6 EKOR, 5 ekor Mati..

Pada 4 hari lepas, 2 ekor anak kucing mati disebab dihempap oleh ibunya. Penyek mayatnya. Time tu tinggal 4 ekor.... Hari nie, 1 ekor anak kucing mati akibat hidung tersumbat.... lepas anak kucing tu mati, seekor lagi mati, tidak dapat diselamatkan..... apa yang akan jadi pada 2 ekor anak kucing lagi?. Pada hari nie, 1 ekor anak kucing mati dihempap.... tinggal seekor yang sihat.....

Friday 29 November 2013

XBOX 360 PLAYTIME WITH MY FRIENDS..

Semasa Sabtu lepas, kawan aku ckp kat iskandar tengok running man kat umah neneknye.... masuk je, nampak xbox 360 di sebelah pintu 'slide'. Lepas tengok runningman, iskandar ajak maen xbox 360. kengkawan aku minat main Street Fighters X Tekken.

Landak oh Landak..

Masa aku nak balik dari umah kawan, aku selamba masuk rumah... lepas tu, anis ternampak 'seperti landak walaupun memang landak'. Anis cepat2 panggil umi.. Umi tengok kat landak tu.. Umi cakap 'landak ni macam jiran cik ada punye...'. Umi pergi panggil Cik Ada (tuan punya landak). Sudah dapat, cik ada cakap 'landak aku ni hilang sejak tengah ari tadi...'

Monday 21 October 2013

Tak belajar langsung!!!

Time lps periksa akhir tahun, kami merdeka. ramai tak datang, ramai bwk mainan (seperti chess, monopoly, etc.)
Kengkawan pun bawak phone..... siap tangkap gambar lagi.
Aku takde masa tu. Masa tu aku pi tandas. diambil oleh aku sendiri.

Monday 14 October 2013

Hari Raya Aidiladha #1

Hari raya pada tahun 2013. Memang sangat happylah sebab mak aku masak spageti (tak pernah makan).
Setiap hari raya korban, keluarga aku (tidak termasuk perempuan) pergi rumah paklong...

Friday 11 October 2013

Family Business #1 : Tragedi 8 Oktober 2013 (Hari exam kena)

Tiga hari lepas (8 Oktober), 4.45 pagi.

Terbangun sejak jam 3. Pasang lampu meja. Ummi ada di lantai, tidur. Kemudian sambung tidur, terasa macam Ummi keluar dari bilik. Tidur-tidur ayam, boleh dikatakan begitulah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tap-tap-tap perlahan. Kucing agaknya. Kemudian bunyi sesuatu jatuh dari bumbung. Mata pun celik. Bunyi yang kemudiannya kedengaran menyebabkan kaki terus bergegas ke hadapan.

"Ayah, tolong yah." Itu suara Ummi. Lemah.

[...]

Ruang tamu gelap. Namun bilik depan menyala lampunya. Terus masuk ke dalam bilik. Kepingan siling asbestos berterabur di atas tilam, Adik yang terpinga-pinga di muka pintu, Anis yang panik ke hulu ke hilir sambil marah-marah kerana menghalang laluannya, dan Ayah di sebelah katil, memegang sisi kepala Ummi dengan selimut, yang basah dengan cecair merah yang hanyir. Darah.

DARAH???

[...]

Kepala Ummi dibersihkan dengan air di sinki dapur dengan bantuan Ayah. Kemudian dibalut - menggunakan [i]bandage[/i] yang pernah digunakan Ayah untuk kakinya dahulu - dan Ummi terus dihantar ke klinik, ditemani Anis.

Saya? Ditinggalkan di rumah bersama Adik. Dia ada peperiksaan hari itu. Tugasan di awal pagi : membersihkan bilik depan yang dipenuhi debu, sisa asbestos dan darah itu. Sememangnya Adik membantu, walaupun sekadar susun bantal dan toto di ruang tamu. Kepingan asbestos yang besar gajah itu, awal-awal lagi sudah dibawa keluar oleh saya dan Anis sewaktu Ayah membasuh luka di kepala Ummi itu. Jadi tinggal sapu sahaja kepingan yang kecil-kecil itu.

Dan seakan kebetulan pula, sebaik sahaja selesai membersihkan bilik (kecuali tilam yang masih ada tompokan darah dan sedikit debu yang mahu dibersihkan), Ayah sampai. Dengan roti canai yang agak banyak kelihatannya.

Sementara Anis meletakkan roti canai ke dalam pinggan dan membuka kuah untuk dituangkan ke dalam mangkuk, saya membancuh air Milo. Dan mereka kata air itu agak tawar.

[...]

"Doktor Penawar tak berani nak buat apa-apa. Luka dalam katanya. Nanti nak pergi x-ray di klinik UTM," kata Ummi.

Klinik UTM buka jam 8 pagi. Sekarang baru jam 7. Adik sudah ke sekolah. Anis cuti. PMR di sekolahnya.

Ummi cari nombor Abang Mie. Mahu beritahu yang hari ini cuti. Tak dapat jaga Dini. Terus buat muka pelik.

"Abang Mie kan tinggal sebelah je?"

Terus keluar rumah. Rumah Abang Mie berkunci. Kebetulan Cik Adah ada di luar, menunggu Nur Kasih (eh?) anak jagaannya. Pelik melihat kepala Ummi bertuala aneh, setompok darah kelihatan. Muncul pula Cik Zah dan Cik Din, juga pelik dengan keadaan Ummi. Terpaksalah menerangkan situasi sebenar sambil menunding ke arah kepingan asbestos besar gajah bersebelahan tong sampah.

[...]

"Telefon Angah, tanya dia ada kelas ke tak pagi ni."

"Eh nak bagitahu ke?" Terasa serba salah. Tak mahu risaukan Angah dan Abang di Lendu itu. Sudahlah Abang ada [i]paper[/i] hari ini. Tak tenang pula dia dibuatnya nanti.

"Bagitahu sajalah. Suruh dia tunggu di klinik UTM."

Tangan terus mencapai telefon bimbit.

[...]

Abang Mie sudah diberitahu. Cikgu Norizan ibu Busyra juga (selepas berfikir agak lama). Jam sudah menunjukkan 8.30 pagi.

"Mana Ayah ni?" rungut Anis. Bosan menunggu. Ummi terlelap di kerusi. Bandage baru dari klinik Penawar seakan mahu tertanggal. Ramai sangatkah orang hari ini?

Terus pergi mandi. Kemudian ke bilik, mengemas tempat tidur, tapi akhirnya terlentang di atas tilam, baring memandang siling.

Tiba-tiba Anis teriak, "Along, Ayah dah sampai. Anis Ikut Ummi tau. Along jaga rumah,"

Muka terus disembamkan di atas bantal.

[...]

Lama juga Ummi ke klinik. Terukkah keadaannya? Terus masak air. Kemudan sambung baring. Angah telefon tadi, mahu tahu lebih lanjut. Kebetulan dia juga mahu ke klinik, mencari punca selsema yang sudah 2 minggu tidak kebah. Dalam risau boleh pula terlelap.

Sedar-sedar Ummi dah balik. Air pun dah masak. Anis menjuih bibir.

"Angah bukan main lagi konfiden yang Along tak tidur," kata Anis. Saya sengih.

[...]

4.00 petang. Dalam rumah.

Kelihatan bumbung kereta berwarna putih di luar. Bumbung yang agak [i]familiar[/i]. Bumbung kereta ibu Busyra.

"Busyra datang nak melawat," kata Cikgu Norizan. Kelihatan Busyra di pangkuan ibunya, di luar rumah. Di tangan sebelah lagi memegang plastik, berisi roti kentang. Sementara Busyra bermain-main dengan Anis, Ummi pun bercerita lagi tentang kejadian pagi tadi. Asbestos besar gajah masih ada walaupun sampah sudah dikutip oleh 'skuardon lori comel' pagi tadi. Ciskek.

Agak lama juga Cikgu Norizan berbual dengan Ummi. Apabila Busyra mula merengek mengantuk baru perbualan ditamatkan.

[...]

6.30 petang.

Ummi berbual dengan Abang melalui telefon. Tragedi itu diberitahu. Terkejut besar Abang dibuatnya.

"Kenapa beritahu?" saya tanya, resah. Dia masih ada peperiksaan. Bagaimana kalau dia tak dapat fokus?

"Nanti Abang kena tahu juga kan?" itu jawapan Ummi. Saya bungkam terus.

[...]

Malam tadi Anis tidur di bilik saya. Trauma. Ummi hanya tersengih bila saya gelarkan dia 'makhluk asing'.

Sebelum terlelap saya terfikir, kalaulah saya tidak pasang lampu jam tiga pagi semalam, agaknya Ummi selamatkah daripada kejadian itu? :|

Di sekolah #1

Peperiksaan akhir tahun sudah habis baru hari nie.... Budak tahun 5 sudah merdeka, tapi UPSR ade.... Budak kelas aku tak belajar langsung... Lepas exam, cuti 2 hari (sebab hari raya haji). Diaorang seronok la....